Collector
Dewan Ulamak Pas akui terdapat kenyataan tidak tepat dalam ceramah Nik Zawawi | Collector
Dewan Ulamak Pas akui terdapat kenyataan tidak tepat dalam ceramah Nik Zawawi
Sinar Harian

Dewan Ulamak Pas akui terdapat kenyataan tidak tepat dalam ceramah Nik Zawawi

SHAH ALAM - Dewan Ulamak Pas Pusat (DUPP) mengakui terdapat beberapa kenyataan yang tidak tepat dari sudut fakta sejarah berkaitan latar kehidupan para sahabat Rasulullah dalam ceramah Ahli Parlimen Pasir Puteh, Datuk Dr Nik Muhammad Zawawi Salleh.Ketua Penerangan DUPP, Datuk Mohd Nor Hamzah berkata, kenyataan itu khususnya melibatkan Saidina Abu Bakar RA, Saidina Umar RA dan Saidina Uthman RA sebelum Islam.Menurutnya, para sahabat Rasulullah merupakan generasi terbaik umat Islam yang wajib dimuliakan serta dipelihara kehormatan mereka."Sebarang huraian berkaitan sejarah dan keperibadian mereka, khususnya kehidupan mereka pada zaman jahiliah, hendaklah disampaikan secara tepat, beradab serta berpandukan disiplin ilmu yang sahih."DUPP juga telah menyampaikan teguran serta peringatan secara dalaman kepada Nik Zawawi Salleh agar lebih cermat dan berhati-hati dalam menyampaikan fakta sejarah Islam."Terutama yang melibatkan kedudukan serta kemuliaan para sahabat Rasulullah," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.Sebelum ini, tular siri video memaparkan ceramah Nik Muhammad Zawawi yang mengeluarkan kenyataan menggambarkan empat sahabat Rasulullah iaitu Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman al-Affan dan Ali Abi Talib mempunyai sejarah hidup keji sebelum memeluk Islam.Antara lain, Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas itu mendakwa Saidina Abu Bakar sebagai seorang "bapa ceti" yang gemar memeras orang miskin semasa berada pada zaman jahiliah.Saidina Umar pula digambarkan sebagai lelaki yang zalim serta suka berzina sebelum memeluk Islam.Difahamkan, kenyataan itu disampaikan dalam satu program ceramah politik di Kuala Terengganu pada hujung minggu lalu.Tambah Mohd Nor, pada masa sama, DUPP menghargai teguran para asatizah dan ilmuwan yang disampaikan secara beradab, ilmiah serta bersandarkan fakta yang sahih."Budaya saling menasihati dalam perkara ilmu perlu terus diperkukuhkan demi memelihara kefahaman Islam yang benar dalam masyarakat."DUPP komited untuk terus memperkemaskan panduan penyampaian dakwah agar setiap penyampaian dibuat dengan lebih teliti, berhikmah serta mematuhi disiplin ilmu dan adab," ujarnya.

Go to News Site