Collector
Himpunan Daulat Tuanku: SP Care sedia hulur bantuan medik, ambulans walau berbeza politik | Collector
Himpunan Daulat Tuanku: SP Care sedia hulur bantuan medik, ambulans walau berbeza politik
Sinar Harian

Himpunan Daulat Tuanku: SP Care sedia hulur bantuan medik, ambulans walau berbeza politik

SHAH ALAM - Perbezaan pandangan politik tidak menghalang SP Care Group untuk menyediakan perkhidmatan medik dan ambulans kepada peserta Himpunan Daulat Tuanku yang dijadual berlangsung di sini pada 16 Mei ini.Pengerusinya, Dr Sathia Prakash Nadarajan berkata, inisiatif itu dilaksanakan atas dasar kemanusiaan serta keprihatinan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan orang awam sepanjang perhimpunan berlangsung.Menurut beliau, hak rakyat untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman merupakan sebahagian daripada amalan demokrasi matang yang perlu dihormati semua pihak."Perbezaan pandangan politik tidak sewajarnya menjadi alasan untuk mana-mana pihak menafikan hak bersuara selagi ia dilaksanakan secara bertanggungjawab serta tidak menjejaskan keamanan awam."Kami percaya hak bersuara dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan perkara ini selari dengan semangat Reformasi yang mengangkat prinsip kebebasan bersuara serta penghormatan terhadap institusi negara," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.Sinar Harian pada Isnin melaporkan kira-kira 500 peserta termasuk penyokong beberapa parti politik dijangka menyertai Himpunan Daulat Tuanku susulan kontroversi membabitkan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.Ketua Pemuda Pas Selangor, Mohamed Sukri Omar berkata, himpunan itu mendapat sokongan beberapa parti politik termasuk Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).Sementara itu, Sathia Prakash yang juga Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Hulu Selangor berkata, menjunjung institusi diraja tidak seharusnya dilihat sebagai slogan politik semata-mata, sebaliknya perlu diterjemahkan menerusi sikap saling menghormati dan menjaga keharmonian masyarakat.Katanya, SP Care mengambil tanggungjawab menyediakan sokongan medik dan ambulans bagi memastikan kebajikan peserta himpunan sentiasa diberi perhatian sewajarnya."Dalam mana-mana perhimpunan awam, aspek kesihatan, kecemasan dan keselamatan peserta perlu diberikan perhatian serius."Inisiatif ini dibuat tanpa mengira latar belakang politik, kaum atau agama kerana keutamaan kami ialah memastikan bantuan kecemasan dapat disalurkan dengan segera sekiranya diperlukan," katanya.Dalam pada itu, beliau turut menyeru semua pihak supaya memainkan peranan secara bertanggungjawab sepanjang himpunan berlangsung.Menurutnya, demokrasi matang bukan sahaja diukur melalui kebebasan bersuara, malah menerusi keupayaan semua pihak menjaga ketertiban, mengelakkan provokasi dan memastikan suasana kekal aman."Semua pihak perlu menghormati undang-undang serta mengutamakan keamanan dan kesejahteraan negeri Selangor supaya perhimpunan ini berlangsung dalam keadaan aman, tertib dan terkawal," katanya.

Go to News Site