Collector
Tiga pembantu penguat kuasa terima rasuah bulanan ditahan SPRM | Collector
Tiga pembantu penguat kuasa terima rasuah bulanan ditahan SPRM
Sinar Harian

Tiga pembantu penguat kuasa terima rasuah bulanan ditahan SPRM

KOTA KINABALU - Tiga pembantu penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah selepas disyaki meminta dan menerima rasuah secara bulanan sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap lori sebuah syarikat di sini.Menurut sumber, kesemua suspek lelaki berusia sekitar 30-an ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah di sini kira-kira jam 4 petang hingga 7 malam Selasa.Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek disyaki bersubahat melakukan rasuah bernilai kira-kira RM10,000 sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan terhadap lori sebuah syarikat perkakasan dan pengangkutan yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas.Kegiatan tersebut dilakukan sekitar Januari 2023 hingga Oktober 2024 apabila mereka dipercayai telah menerima wang tunai secara bulanan sebanyak RM500 melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi pihak ketiga.Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut ketiga-tiga suspek tersebut."Kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009," katanya.

Go to News Site