Collector
Pemandu tersepit, 3 penumpang cedera bas rempuh jentera penurap jalan | Collector
Pemandu tersepit, 3 penumpang cedera bas rempuh jentera penurap jalan
Sinar Harian

Pemandu tersepit, 3 penumpang cedera bas rempuh jentera penurap jalan

BATU PAHAT - Seorang pemandu bas parah manakala tiga penumpang cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah bas persiaran dengan jentera penurap jalan di KM102.4 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran susur keluar Yong Peng, tengah malam tadi.Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan I Mohd Hafiz Othman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.57 tengah malam sebelum sebuah Fire Rescue Tender dan Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) serta 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Yong Peng digegaskan ke lokasi kejadian."Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, didapati pemandu bas telah tersepit manakala tiga yang lain cedera. Bas itu dalam perjalanan ke Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, PKO bertindak mengeluarkan pemandu bas menggunakan peralatan khas manakala mereka yang cedera dihantar ke hospital menaiki EMRS dan ambulans Kementerian Kesihatan.Mohd Hafiz berkata, 20 penumpang lain dilaporkan selamat dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 1.57 pagi. - Bernama

Go to News Site