Sinar Harian
KOTA KINABALU - Tiga pembantu penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM10,000 sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap lori sebuah syarikat perkakasan dan pengangkutan yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas.Menurut sumber, kesemua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an itu ditahan kira-kira jam 4 petang dan 7 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah."Siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek disyaki bersubahat melakukan perbuatan tersebut sekitar Januari 2023 hingga Oktober 2024."Kesemua suspek dipercayai telah menerima wang rasuah secara bulanan sebanyak RM500 melalui transaksi pemindahan wang ke akaun bank peribadi pihak ketiga," menurut sumber itu.Sementara itu, Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. - Bernama
Go to News Site