Collector
Lapan kanak-kanak terperangkap kepala air diselamatkan | Collector
Lapan kanak-kanak terperangkap kepala air diselamatkan
Sinar Harian

Lapan kanak-kanak terperangkap kepala air diselamatkan

KUANTAN - Lapan kanak-kanak terpaksa menyelamatkan diri di atas batu besar sementara menunggu diselamatkan selepas terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Menson, Perkampungan Orang Asli Kampung Terisu,Kuala Terla, Cameron Highlands, pada Rabu.Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian jam 5.10 petang.Menurutnya, berdasarkan maklumat, lapan kanak-kanak lelaki berusia dalam lingkungan empat hingga 12 tahun terperangkap di atas batu selepas gagal menyeberang ekoran arus deras."Jarak dari tebing ke tempat mangsa kira-kira 20 meter memaksa khidmat anggota bomba untuk membawa mereka ke tempat selamat."Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cameron Highlands tiba di lokasi kira-kira jam 5.47 petang sebelum operasi menyelamat semua kanak-kanak terbabit digerakkan," katanya.Mohd Salahuddin berkata, operasi menyelamat mangsa menggunakan tali penyelamat mengambil masa kira-kira dua jam sebelum semua mangsa berjaya diselamatkan."Semua mangsa berjaya diselamatkan kira-kira jam 7.58 malam sebelum diserahkan kepada pihak polis dan keluarga masing-masing."Operasi turut dibantu anggota dari BBP Ringlet dan polis," katanya.

Go to News Site