Collector
Pelajar lelaki cedera motosikal langgar van | Collector
Pelajar lelaki cedera motosikal langgar van
Sinar Harian

Pelajar lelaki cedera motosikal langgar van

KAJANG - Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun cedera selepas motosikal yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah van di persimpangan Jalan Persiaran Seri Putra 2 Bandar Seri Putra di sini pada Rabu.Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 7 pagi itu membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha FZ150i dan van jenis Nissan Serena yang dipandu seorang wanita tempatan berusia 38 tahun."Siasatan awal mendapati van berkenaan sedang membelok ke lorong kanan dari arah Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra menuju ke Pangsapuri Seri Melati."Ketika berada di tengah persimpangan, motosikal yang datang dari arah bertentangan telah melanggar bahagian mudguard hadapan sebelah kiri van tersebut," katanya Salam kenyataan pada Rabu.Naazron berkata, akibat kemalangan tersebut, penunggang motosikal mengalami kecederaan pada bahagian rahang muka dan kepala, manakala pemandu van dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan."Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Serdang sebelum dipindahkan ke Hospital KPJ Ampang bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya.Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Sarjan Shah Zumei Mohd Hussein di talian 010-2428670 bagi membantu siasatan," katanya.

Go to News Site