Collector
Ruang tamu jadi perpustakaan | Collector
Ruang tamu jadi perpustakaan
Sinar Harian

Ruang tamu jadi perpustakaan

NILAI - Demi cinta terhadap buku, sepasang suami isteri sanggup berbelanja kira-kira RM20,000 untuk mengubah suai ruang tamu rumah teres mereka menjadi sebuah perpustakaan mini keluarga.Sesiapa sahaja yang melangkah masuk ke kediaman Datuk Zamri Misman, 54, dan Datin Nor Azzah Momin, 54, di Nilai Impian pasti teruja melihat hampir keseluruhan ruang tersebut dipenuhi rak buku tersusun rapi, persis sebuah kedai buku.Menurut ibu kepada empat anak berusia antara 20 hingga 28 tahun itu, setiap buku dilabel seperti di perpustakaan awam bagi memudahkan pencarian."Disebabkan semua ahli keluarga gemar membaca, pada tahun 2014 kami buat keputusan membina rak buku untuk menempatkan semua bahan bacaan yang disimpan sekian lama."Sehingga kini, terdapat kira-kira 4,000 naskhah buku dalam koleksi kami, tapi sebahagiannya sedang disaring untuk dikeluarkan kerana kekangan ruang," katanya kepada Sinar Harian.Beliau yang merupakan Ketua Pustakawan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) memberitahu, perpustakaan menjadi lokasi wajib persinggahan mereka sekeluarga setiap kali melancong ke luar negara,Katanya, lokasi itu lebih menyeronokkan berbanding melawat tempat lain malah boleh menghabiskan masa berjam lama membelek dari naskah ke naskah tanpa rasa jemu."Sebenarnya minat membaca ini dipupuk oleh ayah saya terhadap kami adik-beradik sejak kecil, malah di rumah kami turut disediakan rak untuk menyimpan buku."Ayah memang tak berkira bagi wang untuk kami beli buku dan saya masih simpan buku pertama yang saya beli sendiri bertajuk Kucing Dengan Tupai ketika berusia 11 tahun," katanya.Nor Azzah memaklumkan, minat terhadap buku semakin berkembang ketika menuntut di universiti apabila mula mengumpul pelbagai genre novel, biografi dan autobiografi."Dulu, ketika anak-anak masih kecil, kami akan datang seawal pagi dan beri kebebasan kepada mereka memilih buku disukai. Biasanya, saya dan suami berhabis ribuan ringgit."Saya bernasib baik kerana suami juga mempunyai minat yang sama," ujarnya.

Go to News Site