Collector
Setiap bulan beli buku, kini miliki lebih 800 koleksi | Collector
Setiap bulan beli buku, kini miliki lebih 800 koleksi
Sinar Harian

Setiap bulan beli buku, kini miliki lebih 800 koleksi

SEBERANG JAYA - Seorang penjawat awam, Marshima Juliana Mohd Hasin, 48, memperuntukkan sehingga RM200 daripada wang gaji setiap bulan untuk membeli buku.Anak sulung daripada dua beradik itu kini memiliki hampir 800 koleksi buku pelbagai genre yang dibeli sejak mula bekerja kira-kira 25 tahun lalu.Menurutnya, buku bukan sekadar bahan bacaan tetapi terapi jiwa dan peneman setia apabila membantu mengurangkan tekanan seharian bekerja."Walaupun cerita itu penuh debaran, saya tetap rasa tenang bila membaca."Kalau sebulan tak beli buku baharu, rasa macam ada yang tertinggal."Saya juga sanggup berbelanja lebih bagi mendapatkan koleksi karya penulis kegemaran," katanya kepada Sinar Harian.Marshima mengakui lebih berhati-hati apabila ingin mencuba karya penulis baharu dan akan mendapatkan buku terpakai secara dalam talian terlebih dahulu.Menurutnya, aktiviti membaca tidak terhad di rumah tetapi di mana sahaja termasuk di kafe, klinik atau ketika menunggu kenderaan e-hailing."Buku memang sentiasa ada dalam beg. Kalau tunggu Grab atau ada masa lapang, saya akan baca beberapa helai muka surat," katanya.Marshima memberitahu, paling diminati ialah karya nukilan penulis Jepun terkenal seperti Haruki Murakami yang sinonim dengan jalan cerita unik berunsur realiti dan fantasi.Selain itu ujarnya, penulisan Keigo Higashino menerusi novel berbentuk misteri dan thriller yang penuh debaran."Keigo Higashino ini... thriller, saya suka, penulisannya menarik. Haruki Murakami pula cerita dia macam pelik sikit antara realiti dan fantasi, kadang-kadang kita tak dapat nak beza mana satu betul, tapi saya tetap suka."Buku bahasa Inggeris saya suka karya Stephen King, Neil Gaiman, John Grisham."Saya juga pernah cuba karya Ramlee Awang Murshid, penulis Melayu lain seperti Shahnon Ahmad dan Azizi Haji Abdullah pun saya suka penulisan mereka," katanya lagi.

Go to News Site