Collector
'ALLAH pinjamkan Abe cuma 13 tahun' | Collector
'ALLAH pinjamkan Abe cuma 13 tahun'
Sinar Harian

'ALLAH pinjamkan Abe cuma 13 tahun'

GUA MUSANG - Hanya gambar-gambar pelajar Tingkatan Satu, Allahyarham Amir Ashraf, kini menjadi kenangan paling berharga buat keluarga yang ditinggalkan.Bukan mudah bagi seorang ibu untuk menerima ujian seberat ini apabila anak tersayang pergi dalam sekelip mata. Namun, ibunya reda dengan ketentuan Ilahi.Menerusi satu perkongsian di Facebook, ibunya dikenali sebagai, Puteri Zana meluahkan rasa pilu terhadap pemergian anak kesayangannya itu."Al-Fatihah untuk anak syurga umie. Umie simpan segala kenangan abe supaya umie boleh tengok selama-lamanya."Abe seorang anak yang bertanggungjawab, penyayang, sentiasa menjadi pendengar umie dan pemberi semangat buat umie."Ya ALLAH, tempatkan anakku di syurga-Mu dalam kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin."Allah pinjamkan Abe cuma 13 tahun," luahan pilu ibu.Menurut beliau, arwah merupakan seorang anak yang sangat bertanggungjawab, penyayang dan sentiasa menjadi pendengar setia serta pemberi semangat dalam setiap ujian kehidupan yang dilalui.Allahyarham Amir Ashraf dilaporkan meninggal dunia di Hospital Gua Musang selepas ditemui tidak sedarkan diri di asrama sekolah semalam.Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo berkata, hasil siasatan awal mendapati punca kematian dipercayai akibat pendarahan spontan di bahagian kepala serta paru-paru berair."Pemeriksaan lanjut juga mendapati tiada sebarang unsur jenayah terlibat dalam kejadian ini," katanya."Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan," katanya.

Go to News Site