Collector
Barang tiruan lebih RM2.3 juta disorok belakang premis dirampas | Collector
Barang tiruan lebih RM2.3 juta disorok belakang premis dirampas
Sinar Harian

Barang tiruan lebih RM2.3 juta disorok belakang premis dirampas

KUALA LUMPUR - Menyimpan stok barangan tiruan di belakang premis-premis yang tidak beroperasi antara taktik dibongkar menerusi Ops Putra 8.0 di sekitar Jalan Petaling pada Khamis.Ketua Pegawai Penguat Kuasa Negeri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kuala Lumpur, Mohd Shahran Mohd Arshad berkata, sebanyak 2,650 unit barangan tiruan disita dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM2.3 juta menerusi operasi berkenaan.Menurutnya, risikan dilakukan bagi mengenal pasti stor penyimpanan barangan tiruan yang digunakan peniaga di kawasan terbabit."Peniaga dipercayai menyimpan stok barangan tiruan di stor-stor yang agak tersorok sekitar Jalan Petaling iaitu di belakang premis yang tidak beroperasi bagi mengelakkan lokasi berkenaan dikesan pihak berkuasa."Barangan tersebut kemudian dijual kepada pelancong yang datang ke kawasan Jalan Petaling dengan harga yang agak tinggi mengikut jenis dan jenama," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Beliau berkata, antara barangan yang dirampas ialah beg tangan, jam tangan, tali pinggang dan kasut berjenama tiruan.Katanya, harga jualan bagi beg tangan berjenama tiruan dianggarkan antara RM200 hingga RM500 seunit."Jam tangan berjenama pula dijual antara RM500 hingga RM5,000, manakala tali pinggang antara RM100 hingga RM300."Kasut berjenama tiruan pula dijual pada harga sekitar RM150 hingga RM300 seunit," katanya.Mohd Shahran berkata, kesemua kes disiasat di bawah Seksyen 102 Akta Cap Dagangan 2019.Beliau berkata, sepanjang pelaksanaan Ops Putra dari tahun 2023 hingga 2026, jumlah rampasan keseluruhan direkodkan sebanyak RM5.7 juta membabitkan 32,200 unit barangan tiruan.Katanya, seramai 10 individu turut ditahan dalam tempoh operasi berkenaan dijalankan.

Go to News Site