Collector
Warga asing beli MyKad palsu RM300 untuk cari kerja | Collector
Warga asing beli MyKad palsu RM300 untuk cari kerja
Sinar Harian

Warga asing beli MyKad palsu RM300 untuk cari kerja

SHAH ALAM - Mahu mendapatkan kerja merupakan alasan diberikan warga asing selepas dikesan memiliki kad pengenalan (MyKad) palsu yang dibeli pada harga RM300.Perkara itu terbongkar selepas dua buah gudang pakaian di sini digempur Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta Jabatan Tenaga Kerja (JTK) pada Khamis.Seorang wanita warga Indonesia berusia 28 tahun mengaku menggunakan MyKad palsu yang diperoleh pada harga RM300 bagi membolehkannya bekerja di gudang berkenaan sejak kira-kira tiga tahun lalu.Wanita berasal dari Lombok itu mendakwa telah berada di Malaysia selama lapan tahun selepas memasuki negara ini menggunakan pasport sebelum dokumen berkenaan dipercayai diambil oleh ejen pekerjaan."MyKad palsu tersebut diperoleh menerusi seorang kenalan di Klang yang dipercayai bertindak sebagai orang tengah."Dia yang uruskan dan hantar kad itu. Saya bayar RM300 sahaja," katanya ketika ditemui dalam operasi berkenaan pada Khamis.Wanita itu bagaimanapun mendakwa tidak mengetahui identiti sebenar individu yang menghasilkan dokumen palsu berkenaan, namun mengesyaki suspek berasal dari Sabah."MyKad palsu tersebut hanya digunakan untuk tujuan bekerja dan bukan bagi urusan lain."Saya guna untuk kerja saja. Kalau tak ada dokumen macam ini memang susah nak kerja," katanya.Dalam operasi berkenaan, wanita terbabit antara 26 individu yang ditahan bagi membantu siasatan berhubung penggunaan MyKad palsu.Sementara itu, seorang lelaki Indonesia berusia 30-an yang ditahan memberi alasan terpaksa menggunakan MyKad palsu untuk mencari kerja kerana terdesak selepas ditipu kira-kira RM7,000 oleh ejen pekerjaan.Katanya, dia terpaksa meminta wang daripada keluarga di kampung kira-kira RM400 bagi membeli MyKad palsu untuk terus tinggal di Malaysia dan mencari kerja."Saya terpaksa encik, saya sudah berkahwin dan mempunyai empat orang anak di Medan, Indonesia. Saya datang ke sini mahu bekerja tetapi ditipu ejen, bila sampai di Malaysia tiada kerja."Jadi ada kawan yang beritahu kalau mahu kerja boleh buat cara ini. Sebab saya terpaksa mahu kerja jadi saya buat sahaja," katanya.Sementara itu, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JPN Putrajaya, Mazhad Abd Aziz berkata, kesemua warga asing berkenaan ditahan kerana disyaki menggunakan MyKad palsu dan MyKad milik individu lain untuk mendapatkan pekerjaan di kilang itu.Katanya, berdasarkan siasatan awal, pihaknya mengesan beberapa individu yang menyewa MyKad milik orang lain pada harga serendah RM50 bagi tujuan permohonan pekerjaan menerusi syarikat sumber manusia."Kita akan tangkap dan bawa ke JPN Putrajaya untuk siasat lebih terperinci dan kalau didapati ada kesalahan kita akan dakwa."Sebanyak 26 tangkapan terdiri daripada 20 wanita dan enam lelaki, di mana pemeriksaan awal mendapati mereka warga Indonesia. Kesemuanya akan disiasat di bawah Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990," katanya.

Go to News Site