Collector
KKM jalankan siasat dalaman kes bayi patah paha | Collector
KKM jalankan siasat dalaman kes bayi patah paha
Sinar Harian

KKM jalankan siasat dalaman kes bayi patah paha

PARIT - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menjalankan siasatan dalaman berhubung dakwaan seorang bayi lelaki berusia 13 hari mengalami patah tulang paha ketika menerima rawatan akibat jaundis di sebuah hospital di Sungai Petani, Kedah.Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, siasatan akan dijalankan secara menyeluruh dan adil dengan mendapatkan dapatan daripada pihak berkaitan termasuk Pengarah Kesihatan Negeri serta laporan polis.Menurutnya, buat masa ini, pihaknya tidak akan membuat sebarang kesimpulan awal sebaliknya menunggu laporan lengkap siasatan sebelum mengambil tindakan lanjut."Siasatan dalaman mahupun pihak polis kita akan susuli. Buat masa ini, kita jangan buat apa-apa ramalan atau bergantung kepada maklumat tidak sahih."Kita tunggu hasil siasatan daripada semua pihak dengan dapatan yang lebih bertanggungjawab," katanya.Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sempena majlis perasmian Hospital Seri Iskandar di sini pada Khamis yang disempurnakan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.Isnin lepas, bapa bayi terbabit, Muhammad Nor Fadly Mohd Shaidi, 38, dilaporkan berkata, dia dan isterinya, Nor Shahila Abd Hamid, 34, hanya menyedari kejadian itu pada petang Ahad selepas mendapati paha kanan bayi mereka dalam keadaan berbalut.Muhammad Nor Fadly berkata, semasa bayinya dilahirkan pada 28 April lepas melalui kaedah pembedahan, keadaannya normal dan mampu menggerakkan anggota badan termasuk kedua-dua kaki dengan baik.Kejadian itu kemudiannya tular di media sosial yang turut memaparkan gambar keadaan bayi tersebut yang sedang dirawat di hospital berkenaan.Dalam pada itu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda mengesahkan menerima laporan kes itu dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta kanak-kanak 2001.

Go to News Site