Collector
Lupakan persengketaan, ikhlaskan niat demi agama, bangsa - Akmal | Collector
Lupakan persengketaan, ikhlaskan niat demi agama, bangsa - Akmal
Sinar Harian

Lupakan persengketaan, ikhlaskan niat demi agama, bangsa - Akmal

SHAH ALAM - Cadangan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang supaya UMNO dan Pas kembali bermuzakarah disifatkan sebagai langkah positif yang perlu disambut dengan hati terbuka demi kepentingan agama, bangsa dan masa depan negara.Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh menerusi satu hantaran di media sosial beliau, menegaskan betapa pentingnya untuk semua pihak mengetepikan perbezaan demi kepentingan yang lebih besar iaitu agama, bangsa dan tanah air.Beliau menyeru agar segala persengketaan yang berlaku sebelum ini dilupakan bagi memberi laluan kepadapenyatuan yang lebih bermakna."Lupakan persengketaan, ikhlaskan niat demi agama bangsa dan tanah air. Selagi kita salingbergaduh, kutuk sesama sendiri maka tidak akan tercapai penyatuannya," katanya.Reaksi tersebut hadir susulan laporan berita yang menyatakan Abdul Hadi sedia membuka pintu rundingan semula antara dua parti Melayu terbesar negara itu bagi memperkukuhkan kedudukan umat Islam.Hantaran Dr Akmal itu mendapat perhatian meluas di platform media sosial, dengan rata-rata netizen mengharapkan agar agenda perpaduan ini dapat direalisasikan tanpa sebarang agenda politik peribadi.Sebelum ini, hubungan antara UMNO dan Pas melalui fasa turun naik selepas kerjasama melalui Muafakat Nasional (MN) dilihat semakin pudar.Namun, perkembangan terbaharu ini memberi isyarat positif ke arah penyatuan semula blok politik Melayu-Islam di negara ini.

Go to News Site