Sinar Harian
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima beberapa dokumen serta rakaman video daripada Datuk Seri Rafizi Ramli berhubung siasatan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan pelaburan bernilai RM1.1 bilion di antara Kementerian Ekonomi dan syarikat ARM Limited UK dalam satu perjanjian kerjasama strategik industri semi konduktor.Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mohd Hafaz Nazar berkata, Rafizi yang juga bekas Menteri Ekonomi hadir bersama lima peguam kira-kira jam 10 pagi Khamis."Kehadiran Rafizi ke SPRM adalah untuk menyerahkan beberapa dokumen dalam bentuk cetakan serta rakaman video di dalam alat pemacu kilat USB (pendrive) yang dikatakan berkaitan dengan Syarikat ARM Limited UK."Serahan dokumen-dokumen tersebut adalah secara sukarela dan ia adalah untuk membantu siasatan yang dilakukan terhadap beliau (Rafizi)," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Mohd Hafaz berkata, SPRM turut mengambil keterangan tambahan daripada Rafizi dan proses tersebut selesai kira-kira jam 1.30 tengah hari.Media sebelum ini melaporkan Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menyerahkan dokumen bukti tambahan 28 dokumen kepada pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes tersebut.Rafizi dilaporkan berkata, dokumen itu diserahkan sebagai keterangan tambahan daripada pihaknya yang dikumpulkan sejak kali pertama kerjasama itu dibincangkan dan akan dipadankan dengan setiap keputusan, kenyataan dan ucapan beberapa pemimpin kanan negara.
Go to News Site