Collector
Premis disyaki simpan rokok seludup diserbu | Collector
Premis disyaki simpan rokok seludup diserbu
Sinar Harian

Premis disyaki simpan rokok seludup diserbu

BATU CAVES - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki warga Indonesia diberkas dalam serbuan ke atas sebuah premis yang menjalankan kegiatan menjual serta menyimpan 389 karton rokok seludup di Kampung Indah, Selayang Baru di sini baru-baru ini.Serbuan kira-kira jam 12.15 tengah malam itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota Cawangan Risik Batalion 19 Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras.Pegawai Pemerintah Batalion 19 PGA, Asisten Komisioner Rajab Ahad Ismail berkata, hasil pemeriksaan di premis berkenaan menemukan sejumlah rokok putih dan kretek pelbagai jenama yang dipercayai tidak mempunyai cukai kastam tempatan.Menurutnya, premis tersebut dipercayai dijadikan lokasi penyimpanan dan pengedaran rokok seludup untuk pasaran tempatan."Lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 50-an itu ditahan bagi membantu siasatan."Anggaran keseluruhan rampasan termasuk cukai dianggarkan bernilai RM95,000," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Beliau berkata, tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk tindakan lanjut.Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.Rajab berkata, kejayaan itu membuktikan komitmen berterusan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA), khususnya Briged Tengah PGA dan Batalion 19 PGA dalam membanteras kegiatan penyeludupan rokok tidak bercukai.Tambah beliau, pihaknya turut menyeru orang ramai supaya menyalurkan maklumat kepada polis berkaitan sebarang aktiviti menyalahi undang-undang.

Go to News Site