Collector
Kenyataan ILO tidak jejas pengiktirafan global FWCMS - Bestinet | Collector
Kenyataan ILO tidak jejas pengiktirafan global FWCMS - Bestinet
Sinar Harian

Kenyataan ILO tidak jejas pengiktirafan global FWCMS - Bestinet

KUALA LUMPUR - Firma guaman yang mewakili Bestinet Sdn Bhd, Lui & Bhullar menegaskan penjelasan oleh Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) berhubung Sistem Pengurusan Berpusat Pekerja Asing (FWCMS) tidak menjejaskan pengiktirafan antarabangsa yang diterima sistem berkenaan.Penjelasan itu susulan kenyataan ILO pada Rabu yang menafikan pihaknya pernah mengesahkan FWCMS, sebaliknya hanya memberi komen awal terhadap sistem itu pada tahun 2013 ketika taklimat oleh pengarah eksekutif Bestinet di Bangkok.Menurut Lui & Bhullar, Bestinet mengiktiraf sepenuhnya bahawa sebarang pemerhatian teknikal atau komen awal yang dibuat oleh ILO ketika itu diberikan dalam konteks tertentu dan kemudiannya diterapkan dalam pembangunan FWCMS, namun ia tidak pernah dianggap sebagai pengendorsan institusi rasmi."Pendirian syarikat sentiasa jelas bahawa falsafah reka bentuk FWCMS diasaskan kepada prinsip yang diiktiraf di peringkat antarabangsa berkaitan ketelusan, pengambilan pekerja secara beretika, tadbir urus, kebolehkesanan dan perlindungan pekerja migran."Prinsip-prinsip ini juga diperjuangkan secara konsisten oleh ILO serta badan antarabangsa lain," menurut kenyataan itu pada Khamis.Menurut kenyataan sama, rujukan Bestinet terhadap keselarasan tersebut adalah berkaitan falsafah reka bentuk serta objektif tadbir urus sistem dan bukannya menggambarkan bahawa FWCMS menerima pengendorsan rasmi daripada ILO.Pada masa sama, firma guaman itu menegaskan penjelasan ILO tidak seharusnya disalah tafsir sehingga memperkecilkan kepentingan pengiktirafan antarabangsa yang diterima FWCMS, termasuk menerusi World Summit Awards (WSA).Katanya, WSA kekal sebagai platform antarabangsa yang dihormati dalam mengiktiraf penyelesaian digital berimpak tinggi selaras dengan objektif tadbir urus awam dan pembangunan mampan."Pengiktirafan yang diterima FWCMS mencerminkan inovasi, kebolehskalaan dan potensi platform itu dalam menangani cabaran tadbir urus, pematuhan serta pengurusan pekerja migran yang telah lama wujud."Malah, WSA juga selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG) dan diwujudkan di bawah Sidang Kemuncak Dunia Mengenai Masyarakat Bermaklumat (WSIS)," katanya.

Go to News Site