Collector
Suami maut, isteri cedera parah nahas MPV, treler | Collector
Suami maut, isteri cedera parah nahas MPV, treler
Sinar Harian

Suami maut, isteri cedera parah nahas MPV, treler

KULAI – Seorang lelaki maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler bermuatan kelapa sawit di Jalan Kulai-Kota Tinggi berhampiran simpang Felda Taib Andak di sini pada Khamis.Kemalangan tersebut mengorbankan pemandu MPV jenis Mitsubishi Xpander, Zamri Mohamed, 56, manakala isterinya, Azizah Abd. Samad, 55, cedera parah.Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kulai, Pegawai Bomba Kanan I (PBK I) Mohd Fauzi Che Idris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai nahas berkenaan pada jam 3.23 petang."Seramai sembilan anggota dikejarkan ke lokasi kemalangan dan setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, didapati kemalangan membabitkan sebuah lori treler Fuso 30 tan bermuatan kelapa sawit dengan Mitsubishi Xpander tersebut."Pemandu lori tidak cedera, namun pemandu Mitsubishi Xpander tersepit dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, PKO bertindak menjalankan kerja mengeluarkan mangsa daripada kenderaan terbabit dan operasi ditamatkan pada jam 5 petang.

Go to News Site