Collector
Juruteknik ditemui maut berlumuran darah di pangsapuri | Collector
Juruteknik ditemui maut berlumuran darah di pangsapuri
Sinar Harian

Juruteknik ditemui maut berlumuran darah di pangsapuri

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki tempatan ditemukan maut dalam keadaan berlumuran darah di sebuah rumah pangsapuri di sini lewat malam Rabu.Mangsa berusia 33 tahun yang bekerja sebagai juruteknik ditemukan terbaring di dalam kediaman berkenaan kira-kira jam 10.50 malam.Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 11.12 malam hari yang sama.Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati sebilah pisau turut ditemukan di sisi mangsa yang dipercayai digunakan semasa kejadian."Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif pembunuhan," katanya dalam kenyataan pada malam Khamis.Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh."Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dihukum gantung sampai mati atau dipenjarakan tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta dikenakan tidak kurang 12 sebatan," katanya.Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Hotline IPD Johor Bahru Selatan di talian 07-2182323 bagi membantu siasatan.

Go to News Site