Collector
Misi Global Sumud Flotilla masuk fasa akhir, 54 kapal belayar ke Gaza | Collector
Misi Global Sumud Flotilla masuk fasa akhir, 54 kapal belayar ke Gaza
Sinar Harian

Misi Global Sumud Flotilla masuk fasa akhir, 54 kapal belayar ke Gaza

SEPANG - Misi Global Sumud Flotilla (GSF) 2026 memasuki fasa akhir apabila sebanyak 54 kapal mula berlepas dari Pelabuhan Marmaris, Turkiye menuju ke Gaza kira-kira jam 7.30 malam waktu Malaysia hari ini.Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, pelayaran itu melibatkan hampir 500 peserta antarabangsa daripada 45 negara yang digerakkan pelbagai kumpulan aktivis kemanusiaan dunia.Beliau berkata, misi berkenaan mendapat sokongan penuh, khususnya daripada Kerajaan Malaysia dengan dukungan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selain Turkiye, Sepanyol dan Brazil."Pelayaran fasa akhir ini juga berlaku sehari sebelum peristiwa Nakba, iaitu 15 Mei 1948, 78 tahun lepas," katanya dalam sidang media di sini hari ini.Sani Araby berkata, SNCC turut mengesahkan lebih 40 peserta daripada enam negara Nusantara, iaitu Malaysia, Indonesia, Pakistan, India, Sri Lanka dan Filipina menyertai pelayaran berkenaan.AKAN MENYUSUL

Go to News Site