Collector
Tiga ditahan aktiviti kumpul minyak sawit mentah tanpa permit, rampasan RM633,050 | Collector
Tiga ditahan aktiviti kumpul minyak sawit mentah tanpa permit, rampasan RM633,050
Sinar Harian

Tiga ditahan aktiviti kumpul minyak sawit mentah tanpa permit, rampasan RM633,050

PASIR GUDANG -Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam menahan tiga lelaki dan merampas minyak sawit mentah dalam serbuan di kawasan Jalan Nibong, Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat di sini, pada Selasa.Pegawai Memerintah Batalion 5 PGA Simpang Renggam, Superintendan Salehin Suleiman berkata, sepasukan pegawai dan anggotanya melakukan serbuan dalam Operasi Taring Palma pada jam 12.15 tengah hari."Hasil pemerhatian dan pemeriksaan dua lelaki tempatan berumur dalam 31 dan 41 tahun serta seorang lelaki warga asing berumur 32 tahun ditahan."Polis merampas sebuah lori tangki jenis CAMC warna biru, sebuah lori tiga tan jenis Mitsubishi, tiga tong berisi 550 liter minyak sawit mentah, 13 tong drum, satu hos penyambung, sebatang paip penyambung dan 22,000 liter minyak sawit mentah," katanya dalam kenyataan.Beliau berkata, anggaran keseluruhan nilai rampasan berjumlah RM633,050.Jelasnya, modus operandi sindiket itu menggunakan seorang suspek memandu lori tiga tan akan membeli dan mengumpul minyak sawit dari lori-lori tangki yang membawa muatan minyak sawit.Ujarnya, minyak sawit mentah itu akan dikumpulkan ke dalam tong dram dan dijual semula dengan harga pasaran semasa kepada suspek lain.Katanya, kes disiasat mengikut peruntukan undang-undang yang sudah ditetapkan."Operasi Taring Palma ini berjaya mengagalkan usaha sindiket tidak bertanggungjawab dalam aktiviti pengumpulan minyak sawit mentah tanpa permit sah," katanya.Pihaknya menyeru orang awam untuk terus menyalurkan maklumat kepada pihak polis bagi mengekang sebarang aktiviti jenayah, lambakan barangan kontrabannserta kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) menerusi jalan yang tidak diwartakan melalui talian hotline 07-7557280 Pejabat Risik/Gerakan Batalion 5 PGA.

Go to News Site