Collector
Jualan buku Karangkraf naik 15 peratus | Collector
Jualan buku Karangkraf naik 15 peratus
Sinar Harian

Jualan buku Karangkraf naik 15 peratus

SHAH ALAM - Grup Buku Karangkraf merekodkan peningkatan jualan sebanyak 15 peratus tahun lalu, didorong perubahan corak pembacaan masyarakat serta pengaruh media sosial yang semakin besar terhadap industri buku tempatan.Pengerusi Karangkraf, Firdaus Hussamuddin berkata, genre buku paling laris dijual ialah buku umum, pendidikan, Islamik, fiksyen dan kanak-kanak.Beliau mengakui meskipun tabiat membaca masih wujud dalam kalangan masyarakat, kaedah pembacaan kini telah berubah."Daripada majalah, buku menjadi ‘ruji harian’ sekarang dilengkapi dengan sosial media."Pembaca suka buku yang lebih, praktikal, mudah difahami dan memberi manfaat terus kepada kehidupan," katanya ketika mengulas laporan muka hadapan Sinar Harian bertajuk 'Skrol tak bunuh buku'.Firdaus berkata, media sosial seperti Instagram dan TikTok kini memainkan peranan besar dalam menentukan trend jualan buku, khususnya dalam kalangan generasi muda."Ramai yang membeli selepas melihat review atau video pendek."Kini penerbit perlu menjadikan sosial media sebagai ‘rakan baik’ bagi mempromosikan meningkatkan jualan buku-buku terbitan mereka," katanya lagi.Mengulas cabaran industri, Firdaus berkata, keseluruhan ekosistem perbukuan termasuk penerbit dan pengedar memerlukan sokongan lebih menyeluruh daripada kerajaan."Industri ini bukan sekadar cabang sektor ekonomi negara, tetapi turut berkait rapat dengan pembangunan ilmu, budaya dan pemikiran masyarakat."Kos pengeluaran buku semakin meningkat dan tidak menentu ditambah pula dengan ketidaktentuan geopolitik menyebabkan harga kos meningkat seperti kertas dan dakwat," tegasnya.Sehubungan itu, beliau mencadangkan beberapa langkah bagi memperkukuh industri buku antaranya melaksanakan program membaca secara konsisten khususnya melibatkan kanak-kanak dan remaja."Budaya membaca perlu dijadikan sebahagian daripada gaya hidup masyarakat."Selain itu, pemberian baucar buku diperluaskan bagi meningkatkan kesedaran membaca dan mengurangkan beban dalam kalangan masyarakat untuk membeli buku, sekali gus membantu penerbit tempatan meningkatkan jualan," katanya.Firdaus turut menyarankan kerajaan mengkaji semula pelepasan cukai khas pembelian buku serta kos withholding tax bagi pengiklanan di platform media sosial dan e-dagang bagi mengurangkan beban operasi penerbit dan penjual buku.

Go to News Site