Collector
Ibu buta huruf semai cinta membaca | Collector
Ibu buta huruf semai cinta membaca
Sinar Harian

Ibu buta huruf semai cinta membaca

BATU GAJAH – Meskipun ibu tidak tahu membaca kerana tidak pernah bersekolah, namun pesannya berjaya menyemai rasa cinta lapan anak terhadap buku.Salah seorang anak yang juga aktivis masyarakat dan pencerita, Suraya Ariffin, 54, berkata, ibu mereka menjadi pendorong sejak kecil sehingga rutin membaca terus subur sehingga ke hari ini."Mak selalu pesan, kalau nak ubah hidup dan bina masa depan, kita mesti ada ilmu dan ilmu datang melalui membaca."Dari situ kami lapan beradik minat membaca walaupun serba sederhana dan pada zaman dulu, membeli buku dianggap satu kemewahan," katanya kepada Sinar Harian.Ujar Suraya, dua buku cerita rakyat kanak-kanak bertajuk Pak Kaduk dan Pak Pandir merupakan naskhah sulung yang dibeli menggunakan wang sendiri sebaik menerima gaji pertama pada November 1996.Menurutnya, pembelian itu menjadi titik permulaan kepada satu tradisi tahunan yang masih diamalkan hingga kini iaitu menghadiahkan sekurang-kurangnya sebuah buku untuk diri sendiri setiap 23 April sempena Hari Buku dan Hak Cipta Sedunia."Tarikh itu dekat dengan hari lahir saya pada 25 April, jadi saya anggap hadiah istimewa diri sendiri," katanya.Ibu seorang anak itu memberitahu, kebanyakan koleksi peribadinya terdiri daripada buku kanak-kanak kerana genre itu dekat dengan jiwa serta kerjaya sebagai pencerita."Pengalaman paling saya ingat ketika hadir persidangan penceritaan pertama di Singapura pada 1997 apabila saya keluarkan 30 dolar Singapura untuk membeli buku pop-up Red Riding Hood lengkap dengan patung tangan."Sampai hari ini buku itu saya simpan elok-elok kerana nilainya, bukan harga tetapi kenangan dan makna di sebaliknya," ujar beliau.Suraya berkata, dia juga mempunyai 'dompet khas' untuk membeli buku selain tabung kecemasan dan percutian sebagai bukti komitmen terhadap budaya membaca.Katanya lagi, minat mendalam terhadap buku mendorongnya menghasilkan empat buku kanak-kanak iaitu Atan dan 3 Orang Pencuri, Kisah Cik Ra, Si Bimbo, Cik Yam dan Lipas serta cakera padat video pada 1998.

Go to News Site