Collector
Ibu rayu anak perempuan usia 13 tahun pulang | Collector
Ibu rayu anak perempuan usia 13 tahun pulang
Sinar Harian

Ibu rayu anak perempuan usia 13 tahun pulang

PUTRAJAYA - Seorang ibu tunggal merayu anak perempuannya berusia 13 tahun yang keluar rumah sejak Sabtu lalu agar segera pulang dengan selamat kerana seluruh keluarga sedang menunggu kepulangannya.Nurul Insyirah Mohd Ishah berkata, anaknya, Nurin Nadira keluar dari rumah di Presint 6, dekat sini kira-kira jam 10 malam selepas berlaku pertengkaran kecil antara mereka.Menurutnya, remaja terbabit yang bersekolah di Presint 18 sebelum ini pernah keluar rumah namun pulang semula tidak lama kemudian."Kali ini dia masih tidak balik," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.Ujar Nurul Insyirah, satu laporan polis dibuat pada hari ketiga kehilangan anaknya di Balai Polis Presint 7 selepas pelbagai usaha mencari dilakukan keluarga.Katanya, sehingga kini, usaha menghubungi anaknya masih gagal apabila nombor telefon yang digunakan sebelum ini tidak lagi aktif."Buat masa ni masih belum ada apa-apa berita. Bapanya di Johor Bharu juga turut membantu mencari Nurin," jelasnya.Dalam pada itu, beliau berharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai anaknya dapat segera tampil membantu menghubunginya di talian 017-240 8249 atau menghubungi pihak polis."Yang penting saya cuma nak dia balik dengan selamat," katanya.

Go to News Site