Collector
Treler antara tiga kenderaan terbakar dalam kemalangan | Collector
Treler antara tiga kenderaan terbakar dalam kemalangan
Sinar Harian

Treler antara tiga kenderaan terbakar dalam kemalangan

GEORGE TOWN - Tiga kenderaan termasuk sebuah treler yang membawa muatan terbakar dalam satu kemalangan di bawah jejambat Udini, Jalan Masjid Negeri di Jelutong di sini pada Jumaat.Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7 pagi itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas di kawasan terlibat apabila api marak membakar kenderaan di laluan berkenaan.Selain treler, sebuah kereta dan van persiaran turut musnah dalam kejadian berkenaan.Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.04 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak dikejarkan ke lokasi.Menurutnya, jentera bomba tiba di lokasi pada jam 7.26 pagi, kira-kira enam kilometer dari balai."Kebakaran melibatkan tiga unit kenderaan di bawah 'underpass' Udini akibat kemalangan. Mangsa yang terlibat masih belum dikenal pasti."Operasi berjaya dikawal pada jam 7.33 pagi dan kerja-kerja pemadaman serta pemeriksaan lanjut masih dijalankan," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.Tambahnya, operasi turut melibatkan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS).Sementara itu, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) memaklumkan pihaknya telah menggerakkan anggota warden trafik ke lokasi bagi melaksanakan kawalan dan melancarkan aliran trafik di kawasan terlibat.Difahamkan kejadian itu menyebabkan kesesakkan teruk di beberapa kawasan antaranya Greenlane, Jalan Masjid Negeri dan Jalan Batu Lanchang berikutan ia merupakan laluan utama dan kejadian berlaku pada waktu pagi ketika orang ramai keluar bekerja.

Go to News Site