Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Bilik sistem bekalan kuasa tanpa gangguan (UPS) di Sasana Kijang, Bank Negara, di sini terbakar pada Jumaat.Dalam kejadian pada jam 7.32 pagi itu, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan melalui talian NG999.Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, susulan itu sepasukan 17 anggota dan pegawai bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sentul dengan bantuan BBP Titiwangsa digerakkan ke lokasi.Katanya, pasukan bomba diketuai komander operasi, S Thirugaiyah yang tiba di lokasi mendapati kebakaran membabitkan sebuah bilik UPS 'Backup Battery' di tingkat tiga bangunan itu."Tindakan pantas anggota berjaya memadam kebakaran dan api dapat dikawal pada jam 7.46 pagi. Bilik berkenaan terbakar 40 peratus."Bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian itu dan punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.
Go to News Site