Collector
Pemandu Toyota Vios didakwa bunuh suami isteri | Collector
Pemandu Toyota Vios didakwa bunuh suami isteri
Sinar Harian

Pemandu Toyota Vios didakwa bunuh suami isteri

KUALA LUMPUR - Seorang penuntut kolej yang memandu kereta jenis Toyota Vios didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, atas dua pertuduhan membunuh pasangan suami isteri yang menunggang motosikal, dua minggu lalu.Danish Raman Kamar Kumaresan, 24 yang memakai baju berwarna putih berbelang hitam, mengangguk tanda faham selepas pertuduhan dibaca secara berasingan di hadapan Majitret, Nurul Izzah Hasan Basri.Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa membunuh A Doraisingam, 61, dan isterinya, A Menagah, 56, di Jalan Ampang dari arah KLCC menghala ke Ampang Point di sini jam 5.30 pagi pada 2 Mei lalu.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati atau dipenjarakan antara 30 hingga 40 tahun.Jika tidak dihukum gantung, tertuduh boleh dikenakan sebatan tidak kurang 12 kali.Pada 3 Mei lalu, Sinar Harian melaporkan, pasangan suami isteri maut itu selepas motosikal ditunggang dirempuh sebuah kereta, di Jalan Ampang berhampiran Menara Great Eastern di sini.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata, dalam insiden itu, mangsa lelaki berusia 61 tahun dan isterinya, 56, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.MENYUSUL

Go to News Site