Collector
'Banyak kelab berminat sambar Moraes' – Johan | Collector
'Banyak kelab berminat sambar Moraes' – Johan
Sinar Harian

'Banyak kelab berminat sambar Moraes' – Johan

KETAJAMAN penyerang import Selangor FC, Chrigor Moraes, yang mempamerkan aksi konsisten sepanjang musim ini telah menarik minat banyak kelab luar untuk mendapatkan khidmat pemain kelahiran Brazil itu.Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon mengakui pihaknya kini sudah memulakan perbincangan memastikan penyerang sensasi itu kekal menyarung jersi The Red Giants bagi saingan musim depan."Kami sudah memulakan perbincangan. Dia sendiri juga sangat berminat untuk kekal bersama kami, namun buat masa ini, kita akan lihat perkembangan selanjutnya."Dia (Moraes) memiliki kualiti yang tinggi dan memang tidak dapat dinafikan ramai kelab berminat dengan khidmatnya. Harapnya, pihak kelab dan penyokong Selangor dapat memainkan peranan untuk menyakinkan dia supaya terus kekal di sini," katanya kepada Astro Arena.Moraes yang menyertai Selangor pada Julai tahun lalu terbukti menjadi peledak berbisa buat skuad Gergasi Merah selepas berjaya mencipta impak besar di barisan serangan.Statistik membuktikan ketajaman pemain itu apabila dia berjaya meledak 23 gol dalam saingan Liga Super musim ini. Beliau kini berada dalam kelompok penjaring terbanyak dan berada di belakang penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson da Silva yang telah menyumbat 27 gol.Secara keseluruhannya, Moraes telah mencatatkan rekod luar biasa dengan menjaringkan 42 gol dalam 46 penampilan bagi semua kejohanan yang disertai Selangor FC musim ini.

Go to News Site