Collector
UEC tidak diiktiraf secara automatik, ikut syarat ketat IPTA – Nurulhidayah | Collector
UEC tidak diiktiraf secara automatik, ikut syarat ketat IPTA – Nurulhidayah
Sinar Harian

UEC tidak diiktiraf secara automatik, ikut syarat ketat IPTA – Nurulhidayah

SHAH ALAM - Isu berkaitan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) sering dimanipulasi sehingga mengaitkan UMNO dengan tuduhan 'mengkhianati bangsa Melayu', sedangkan banyak pihak didakwa tidak memahami fakta sebenar serta proses penggubalan dasar kerajaan.Exco Wanita UMNO, Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid berkata, keputusan berkaitan kemasukan lepasan UEC ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) bukan dibuat secara individu oleh mana-mana menteri, apatah lagi oleh UMNO semata-mata.Menurut beliau, semua keputusan dasar pendidikan negara perlu melalui proses kelulusan Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri dan dipersetujui secara kolektif oleh kerajaan."Walaupun Menteri Pengajian Tinggi datang daripada UMNO, segala keputusan dasar dibuat secara bersama dalam Kabinet," katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Jumaat.Dalam masa sama, beliau menegaskan, UEC masih tidak diiktiraf secara automatik untuk semua kemasukan ke IPTA.Jelasnya, syarat asas tetap dikenakan termasuk keperluan kredit Bahasa Melayu serta lulus mata pelajaran Sejarah, selain hanya program tertentu dibuka berdasarkan syarat merit universiti."Untuk kebanyakan program kritikal seperti perubatan, kejuruteraan, undang-undang dan lain-lain, syarat akademik tetap ketat dan tertakluk kepada keputusan senat universiti," jelasnya lagi.Beliau turut menyifatkan naratif kononnya lepasan UEC kini bebas memasuki IPTA tanpa syarat sebagai tidak tepat dan bersifat manipulasi politik.Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan juga membuka ruang kepada lepasan tahfiz serta aliran pendidikan lain untuk melanjutkan pengajian, yang menunjukkan pendekatan lebih inklusif tanpa mengetepikan identiti nasional."Jangan kerana kebencian politik, semua perkara dijadikan bahan membakar sentimen kaum dan memfitnah parti tertentu," katanya.Beliau turut mengingatkan bahawa setiap pihak perlu memahami struktur kerajaan sebelum membuat penilaian terhadap sesuatu isu dasar negara.

Go to News Site