Sinar Harian
SUNGAI PETANI - Polis sedang mengenal pasti enam pelajar perempuan terlibat pergaduhan sehingga mengalami kecederaan lebam di anggota badan, dalam kejadian di hadapan sebuah sekolah di sini pada Rabu.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, kesemua pelajar terlibat berusia antara 13 hingga 16 tahun dikenal pasti melalui video tular di media sosial."Ada lagi yang akan kita kenal pasti. Berdasarkan video-video tu nanti kita akan minta mereka yang terlibat tu datang ke balai untuk memberi keterangan."Tengok kesesuaian untuk menahan mereka sekiranya terdapat keperluan berbuat demikian... buat masa ini belum ada tangkapan atau reman dibuat," katanya kepada media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini pada Jumaat.Berdasarkan video tular, Hanyan berkata, satu laporan polis telah dibuat Ketua Balai Polis Bedong pada Khamis jam 5.30 petang. "Kejadian dipercayai berlaku pada Rabu jam 1 hingga 2 petang... dalam siasatan bukan semua tetapi dalam dua, tiga pelajar yang terlibat tu ada kesan kecederaan (lebam)."Bertindak daripada laporan pertama tersebut kita telah mengenal pasti antara enam hingga 10 pelajar perempuan yang kita percaya terlibat dengan insiden tersebut," katanya.Beliau berkata, keterangan telah diambil untuk melengkapkan kertas siasatan sebelum dirujuk kepada pihak pendakwa raya.Beliau turut menasihati keluarga terlibat sekiranya mempunyai kes serupa segera membuat laporan polis agar siasatan boleh dilakukan bagi menyelesaikan konflik dalam kalangan pelajar sekali gus membendung kejadian sebelum merebak lebih besar."Motif kemungkinan mengenai hantaran di media sosial, isu tegur-menegur, sindir-menyindir. Jadi saya nak menasihati pelajar tentang penggunaan di media sosial ni cuba jaga dan tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang jelik ataupun boleh menyinggung perasaan orang lain."Begitu juga dengan video yang viral ini. Masyarakat juga diminta jangan membuat spekulasi, memberi komen-komen yang negatif menyentuh agama, kaum dan bangsa," katanya.Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan bergaduh di tempat awam yang membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Go to News Site