Collector
Bayi patah paha semasa rawatan: Polis mohon saksi tampil | Collector
Bayi patah paha semasa rawatan: Polis mohon saksi tampil
Sinar Harian

Bayi patah paha semasa rawatan: Polis mohon saksi tampil

SUNGAI PETANI - Polis meminta saksi kejadian membabitkan insiden bayi patah paha kanan ketika mendapatkan rawatan di sebuah hospital di sini baru-baru ini, tampil membantu siasatan.Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, orang awam atau mana-mana ahli keluarga yang berada di hospital ketika kejadian dan mempunyai sebarang maklumat berkaitan, juga diminta tampil segera."Saya nak minta keluarga-keluarga yang mungkin berada dalam wad tersebut yang mungkin tahu ataupun melihat, ingin berkongsi maklumat, sila hubungi Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Muda," katanya.Sebelum ini, media melaporkan seorang bayi lelaki berusia 13 hari mengalami patah tulang paha kanan ketika menerima rawatan akibat jaundis di sebuah hospital di sini.Menurut Hanyan, polis menerima laporan daripada bapa mangsa mengatakan anaknya yang dimasukkan ke hospital untuk rawatan penyakit lain, mengalami kecederaan patah paha selepas beberapa hari dirawat."Satu siasatan dalaman telah dibuat pihak hospital dan juga pihak polis juga telah membuka satu kertas siasatan bawah Seksyen 31(1)(a) Akta kanak-kanak 2001."Kita ada dua siasatan dan kita pun telah mengatur perjumpaan dengan pihak hospital...pihak hospital pun telah memberi kerjasama...kita akan lihat bantuan-bantuan siasatan lainlah seperti pendapat pakar, CCTV (kamera litar tertutup) dan juga saksi jika ada," katanya.Menurut Hanyan, siasatan juga menjurus kepada punca kecederaan."Kita nak tengok sama ada kecederaan itu akibat semula jadi ataupun ada tak unsur-unsur ataupun perlakuan-perlakuan yang menyalahi undang-undang," katanya.Laporan media sebelum ini memaparkan bahawa, kejadian itu hanya disedari ibu bapa mangsa setelah mendapati paha kanan bayi mereka dibalut.Difahamkan, mangsa dilahirkan pada 28 April lepas melalui kaedah pembedahan, keadaannya normal dan mampu menggerakkan anggota badan termasuk kedua-dua kaki dengan baik.Kejadian turut tular di media sosial memaparkan keadaan bayi yang sedang dirawat di hospital berkenaan.

Go to News Site