Collector
Bekas pelajar politeknik bebas tuduhan edar 3.4kg ganja | Collector
Bekas pelajar politeknik bebas tuduhan edar 3.4kg ganja
Sinar Harian

Bekas pelajar politeknik bebas tuduhan edar 3.4kg ganja

KUALA LUMPUR – Seorang bekas pelajar politeknik menarik nafas lega apabila Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat melepaskan dan membebaskannya daripada tuduhan mengedar ganja seberat 3.4 kilogram, dua tahun lalu.Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan demikian selepas pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Harith Izzuddin Mohd Hanizam, 23, di akhir kes pendakwaan.Semasa membaca keputusan, Azhar berkata, mahkamah mendapati terdapat kebergantungan pihak pendakwaan dalam keterangan saksi pendakwaan keempat (SP4) iaitu pengadu yang juga anggota polis untuk membuktikan elemen pemilikan.Beliau berkata, keterangan saksi itu penuh syak wasangka kerana tidak bercakap benar mengenai perkara yang berlaku selepas tertuduh dan barang-barang kes dadah dibawa ke balai polis.Menurut hakim, pengadu mendakwa dia sentiasa berada di balai polis melakukan soal siasat terhadap tertuduh namun keterangan pegawai penyiasat dalam laporan polis yang dikemukakan pembelaan membuktikan sebaliknya."Saya memutuskan saksi pendakwaan keempat bukan seorang saksi yang boleh dipercayai, oleh itu pendakwaan gagal membuktikan elemen milikan."Tanpa pembuktian elemen ini, andaian pengedaran kanabis tidak terpakai dan dalam kes ini tidak terdapat keterangan langsung yang dikemukakan untuk menimbulkan elemen pengedaran telah berlaku," katanya.Justeru, beliau berkata, mahkamah mendapati pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.Mengikut pertuduhan, Harith Izzuddin didakwa mengedar dadah berbahaya iaitu kanabis dengan anggaran berat 3.4 kilogram di kawasan sebuah lobi hotel di Jalan Kuching, Sentul di sini pada 26 Februari 2024.Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39(b)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39(b)(2) akta sama, yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

Go to News Site