Collector
Armada Bersatu bantah pengiktirafan UEC, dakwa kerajaan longgar dasar pendidikan | Collector
Armada Bersatu bantah pengiktirafan UEC, dakwa kerajaan longgar dasar pendidikan
Sinar Harian

Armada Bersatu bantah pengiktirafan UEC, dakwa kerajaan longgar dasar pendidikan

SHAH ALAM - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) membantah sebarang kecenderungan kerajaan ke arah pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kerana mendakwa langkah itu boleh menjejaskan Dasar Pendidikan Kebangsaan.Exco Armada Bersatu, Muhammad Airil Fitri Jalalludin dalam satu kenyataan memandang serius dan melahirkan rasa dukacita terhadap kerajaan yang didakwa semakin lunak membuka ruang ke arah pengiktirafan UEC.Menurutnya, perkara yang menyentuh asas kenegaraan tidak boleh dijadikan bahan tawar-menawar politik demi memenuhi tekanan pihak tertentu.Beliau berkata, sejarah negara dibina atas persefahaman besar melibatkan Perlembagaan Persekutuan, kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan serta Dasar Pendidikan Kebangsaan yang disifatkan sebagai tiang seri pembentukan Malaysia sejak merdeka."Rakyat berhak mempersoalkan pendirian kerajaan yang diterajui Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) sekiranya terdapat kecenderungan melonggarkan prinsip berkenaan."Armada Bersatu Malaysia tidak pernah menolak kepelbagaian pendidikan mahupun hak masyarakat untuk mempelajari bahasa ibunda masing-masing."Namun kerajaan harus sedar, khususnya Menteri Kementerian Pengajian Tinggi daripada UMNO, bahawa isu ini bukan sekadar isu akademik, sebaliknya melibatkan identiti nasional, integrasi rakyat dan masa depan pembinaan negara bangsa," katanya dalam kenyataan itu pada Jumaat.Muhammad Airil Fitri yang juga Ketua Biro Graduan Muda, Mahasiswa dan Undi 18 berkata, kerajaan dilihat terlalu ghairah mahu dilihat progresif sehingga terlupa bahawa sesebuah negara dibina berasaskan prinsip yang perlu dipertahankan.Sehubungan itu, Armada berpandangan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) perlu terus diperkasakan sebagai arus perdana pendidikan nasional tanpa mewujudkan ruang yang boleh mencairkan dasar sedia ada.Tambahnya, kerajaan juga perlu kekal tegas mempertahankan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan tidak membuat keputusan secara terburu-buru yang boleh memberi implikasi jangka panjang terhadap keharmonian serta identiti negara.

Go to News Site