Collector
Piala Dunia 2026: Jepun gugur Mitoma, senaraikan Tomiyasu | Collector
Piala Dunia 2026: Jepun gugur Mitoma, senaraikan Tomiyasu
Sinar Harian

Piala Dunia 2026: Jepun gugur Mitoma, senaraikan Tomiyasu

BINTANG Brighton, Kaoru Mitoma disahkan terpaksa diketepikan daripada skuad Jepun ke Piala Dunia 2026 selepas gagal pulih daripada kecederaan hamstring.Perkara itu disahkan jurulatih Hajime Moriyasu di Tokyo pada Jumaat selepas penilaian perubatan mendapati pemain sayap berkenaan tidak sempat pulih sepenuhnya sepanjang kejohanan berlangsung.Mitoma mengalami kecederaan tersebut ketika membantu Brighton menewaskan Wolves 3-0 minggu lalu.Kehilangan pemain berusia 27 tahun itu dianggap tamparan besar buat Jepun yang sebelum ini turut kehilangan penyerang AS Monaco, Takumi Minamino akibat kecederaan ligamen anterior cruciate (ACL) pada Disember lalu.Jepun dijangka berdepan saingan sengit dalam Kumpulan F bersama Belanda, Sweden dan Tunisia.Mitoma antara tonggak utama skuad Samurai Blue apabila menjaringkan gol kemenangan ketika menewaskan England pada Mac lalu, selain memainkan peranan penting dalam kempen Piala Dunia 2022 yang menyaksikan Jepun menyingkirkan Jerman dan Sepanyol sebelum tewas kepada Croatia di pusingan 16.Dalam perkembangan lain, Jepun turut menerima khabar gembira apabila pertahanan Ajax, Takehiro Tomiyasu, kembali dipanggil menyertai skuad selepas kali terakhir beraksi pada Jun 2024.Antara nama besar lain yang tersenarai ialah Wataru Endo (Liverpool), Daichi Kamada (Crystal Palace) dan Takefusa Kubo (Real Sociedad).----------------------------Skuad Jepun ke Piala Dunia 2026:Penjaga gol: Zion Suzuki, Keisuke Osako, Tomoki Hayakawa.Pertahanan: Yuto Nagatomo, Shogo Taniguchi, Ko Itakura, Tsuyoshi Watanabe, Takehiro Tomiyasu, Hiroki Ito, Ayumu Seko, Yukinari Sugawara, Junnosuke Suzuki.Gelandang: Wataru Endo, Junya Ito, Daichi Kamada, Ritsu Doan, Ao Tanaka, Kaishu Sano, Takefusa Kubo, Yuito Suzuki.Penyerang: Daizen Maeda, Koki Ogawa, Ayase Ueda, Keito Nakamura, Kento Shiogai, Keisuke Goto.

Go to News Site