Collector
Mangsa masih di ICU, reman pemandu mabuk lawan arus dilanjut empat hari | Collector
Mangsa masih di ICU, reman pemandu mabuk lawan arus dilanjut empat hari
Sinar Harian

Mangsa masih di ICU, reman pemandu mabuk lawan arus dilanjut empat hari

KLANG - Reman lelaki yang memandu kereta di bawah pengaruh alkohol sebelum melawan arus hingga menyebabkan kecederaan parah seorang penunggang motosikal di Persiaran Kota di sini, dilanjutkan selama empat hari lagi.Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, lanjutan reman terhadap suspek berusia 30-an itu dibuat selepas tempoh reman pertama tamat pada Jumaat."Reman pemandu itu disambung selama empat hari lagi sehingga 19 Mei."Selain itu, semakan dibuat mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod kes lampau jenayah dan dadah," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Ketika ditanya keadaan mangsa terkini, Jit Huey menjelaskan, mangsa iaitu lelaki tempatan berusia 20-an masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah malam, Rabu lalu, kereta dipandu suspek dikatakan melawan arus sejauh kira-kira 3.5 kilometer sebelum merempuh mangsa dilaluannya.Rempuhan kereta jenis Perodua Bezza dipandu suspek menyebabkan mangsa parah di badan dan kaki kanan sebelum dilaporkan kritikal di Zon Merah HTAR Klang.Ujian saringan awal mendapati pemandu terbabit positif alkohol.Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987.Insiden itu turut tular di media sosial menerusi satu rakaman video berdurasi lebih dua minit memaparkan sebuah kereta melawan arus sebelum melanggar motosikal ditunggang mangsa.

Go to News Site