Collector
Pendaftaran laluan khas lepasan SMPC, UEC, Tahfiz ke IPTA dibuka 30 Jun | Collector
Pendaftaran laluan khas lepasan SMPC, UEC, Tahfiz ke IPTA dibuka 30 Jun
Sinar Harian

Pendaftaran laluan khas lepasan SMPC, UEC, Tahfiz ke IPTA dibuka 30 Jun

PUTRAJAYA – Permohonan bagi laluan khas kemasukan pelajar lepasan luar sistem pendidikan kebangsaan iaitu Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dan tahfiz ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) akan dibuka secara terus melalui universiti terlibat bermula 30 Jun ini.Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Azlinda Azman berkata, permohonan tersebut tidak dibuat melalui sistem UPUOnline kerana persediaan sistem berkenaan telah berjalan sejak tahun lalu.Menurut beliau, keputusan itu dibuat susulan ketetapan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan luar sistem pendidikan kebangsaan seperti UEC dan tahfiz."Jadi bagi mengikut ketetapan seperti yang ditetapkan oleh Jemaah Menteri, maka kita semua di peringkat universiti telah pun beberapa kali mengadakan libat urus dan insya-ALLAH kita akan membuka permohonan secara terus kepada universiti yang menawarkan program-program tersebut bermula 30 Jun bagi membolehkan permohonan itu boleh berlaku pada tahun ini," katanya dalam sidang akhbar khas di sini pada Jumaat.AKAN MENYUSUL

Go to News Site