Collector
Pelajar laluan khas ke IPTA tetap terima subsidi kerajaan - KPT | Collector
Pelajar laluan khas ke IPTA tetap terima subsidi kerajaan - KPT
Sinar Harian

Pelajar laluan khas ke IPTA tetap terima subsidi kerajaan - KPT

PUTRAJAYA – Pelajar lepasan luar sistem pendidikan kebangsaan yang diterima masuk ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) menerusi laluan khas tetap akan menerima subsidi kerajaan seperti pelajar lain.Tegas Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Azlinda Azman, pelajar terbabit akan mengikuti pengajian menerusi saluran perdana dan bukannya kategori komersial."Apabila mereka masuk kepada program ini, ia dianggap sebagai saluran perdana. Maksudnya program mereka ini adalah disubsidi oleh kerajaan juga," katanya dalam sidang akhbar khas di sini pada Jumaat.Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai mekanisme pembiayaan yuran pengajian kepada pelajar lepasan luar sistem pendidikan kebangsaan iaitu Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC), Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dan tahfiz yang diterima masuk ke universiti awam.Terdahulu, Pakar Pendidikan Dr Anuar Ahmad berpandangan, pelajar lepasan luar sistem pendidikan kebangsaan tidak sepatutnya menikmati pembiayaan kerajaanTimbalan Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (MINDA-UKM) itu berkata, soal subsidi pendidikan perlu dilihat secara adil terhadap pelajar yang berada dalam sistem pendidikan kebangsaan sejak awal.AKAN MENYUSUL

Go to News Site