Collector
Keputusan nyahsenarai nikotin vape tidak rasional - Hakim | Collector
Keputusan nyahsenarai nikotin vape tidak rasional - Hakim
Sinar Harian

Keputusan nyahsenarai nikotin vape tidak rasional - Hakim

KUALA LUMPUR – Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat memutuskan bahawa keputusan Menteri Kesihatan dan kerajaan mengecualikan cecair serta gel vape mengandungi nikotin daripada senarai bahan terkawal di bawah Akta Racun 1952 sebagai tidak rasional.Hakim, Datuk Aliza Sulaiman yang kini Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman yang difailkan tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO).Mereka ialah Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC), Pertubuhan Green Lung Malaysia (MGLA) dan Voice of Children (VOC).Mahkamah turut mengisytiharkan bahawa pengecualian itu dibuat tanpa rundingan yang mencukupi dengan Lembaga Racun dan ia bertentangan dengan Seksyen 6 Akta Racun 1952.Semasa menyampaikan keputusan, Aliza berkata, mahkamah mendapati keputusan mengecualikan nikotin dalam cecair dan gel vape dibuat atas faktor ekonomi bagi membolehkan kerajaan mengenakan cukai eksais terhadap produk berkenaan.Menurutnya, walaupun kerajaan mengakui rokok elektronik dan vape berbahaya kepada kesihatan serta mempunyai tanggungjawab mengawal penggunaannya, Menteri Kesihatan dan Kerajaan masing-masing responden pertama dan kedua tetap meneruskan pengecualian tersebut."Mahkamah berpuas hati bahawa keputusan responden pertama membuat pengecualian itu didorong terutamanya oleh faktor ekonomi sebelum pelaksanaan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024."Justeru, keputusan itu adalah tidak rasional," katanya ketika prosiding dibuat secara dalam talian.Pada 14 Oktober 2023, Mahkamah Tinggi membenarkan pemohon memulakan semakan kehakiman terhadap Kementerian Kesihatan dan kerajaan.Ketiga-tiga NGO itu memfailkan permohonan semakan kehakiman pada 30 Jun 2023 bagi membatalkan sebahagian daripada Perintah Racun (Pindaan Senarai Racun) yang dibuat pada 31 Mac 2023.Ia berkaitan pengecualian nikotin dalam cecair dan gel vape daripada senarai racun, sebelum Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 diluluskan bagi mengawal penjualan produk merokok termasuk vape dan e-rokok kepada individu bawah 18 tahun.AKAN MENYUSUL

Go to News Site