Sinar Harian
SHAH ALAM – vivo Malaysia melancarkan telefon pintar flagship terbaharu, vivo X300 Ultra yang dilengkapi ZEISS Master Lenses Collection bagi mempertingkat pengalaman pengimejan mudah alih untuk pencipta kandungan dan pengguna profesional.Menurut vivo Malaysia, model berkenaan menampilkan ZEISS Triple Prime Lenses pada 14mm, 35mm dan 85mm untuk fotografi ultra-lebar, potret serta telefoto.Selain itu, pengguna turut boleh menggunakan vivo ZEISS Telephoto Extender Gen 2 setara 200mm dan vivo ZEISS Telephoto Extender Gen 2 Ultra setara 400mm bagi rakaman jarak jauh dengan lebih jelas dan stabil.vivo X300 Ultra turut dilengkapi sensor 200MP pada Kamera Telefoto ZEISS Gimbal-Grade APO 85 mm bersama Optical Image Stabilisation (OIS) tahap gimbal bagi memastikan hasil imej lebih stabil dan terperinci.Bagi rakaman video, peranti itu menyokong Multi-Focal 4K 120fps 10-bit Log Video serta Dolby Vision Video untuk menghasilkan visual berkualiti sinematik.Telefon pintar tersebut juga menampilkan vivo Color Science baharu yang membolehkan penghasilan warna lebih realistik dan konsisten dalam pelbagai keadaan pencahayaan.Dalam aspek fotografi, vivo X300 Ultra hadir dengan Street Photography 3.0, Landscape Mode 2.0 serta teknologi potret 200MP Refined Portrait bagi meningkatkan pengalaman fotografi profesional.Dari segi prestasi, vivo X300 Ultra dikuasakan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5 bersama Pro Imaging Chip VS1+, bateri BlueVolt 6600mAh, sokongan 100W FlashCharge dan 40W Wireless FlashCharge.Model berkenaan turut menampilkan paparan 2K ZEISS Master Color Display, penarafan IP68 dan IP69 serta sistem operasi OriginOS 6.vivo X300 Ultra ditawarkan dalam dua varian iaitu 32GB + 512GB dan 32GB + 1TB dengan harga bermula RM5,899.Pra-tempahan dibuka bermula sekarang hingga 22 Mei 2026 di semua vivo Concept Store dan secara dalam talian menerusi laman rasmi vivo Malaysia https://www.vivo.com/myPelanggan yang membuat pra-tempahan turut menikmati rebat RM900, tripod fotografi COMAN Aluminium Photography Tripod percuma bernilai RM299 serta manfaat vivo Care termasuk lanjutan jaminan satu tahun dan perlindungan skrin retak selama 180 hari.
Go to News Site