Sinar Harian
SHAH ALAM - Pakar pendidikan mengusulkan 15 Mei sebagai tarikh rasmi terkuburnya Dasar Pendidikan Kebangsaan susulan kerajaan membenarkan calon lepasan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).Pensyarah kanan dan penyelidik bidang Sosiologi Pendidikan di Fakulti Pendidikan, UKM, Dr Anuar Ahmad secara sinis berkata, sekurang-kurangnya tarikh 'matinya' akan diingati oleh generasi akan datang."Kebetulan esok 16 Mei, kita akan menyambut Hari Guru."Bolehkah kalau saya usulkan hari ini, 15 Mei 2026 adalah tarikh rasmi terkuburnya dokumen Dasar Pendidikan Kebangsaan? Saya hanya mampu bertanya dan mengusulkan," ujarnya menerusi laman Facebook pada Jumaat.Media pada Khamis melaporkan, calon lepasan sekolah atau institusi tahfiz serta Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/UEC berpeluang mengikuti program tertentu yang dikenal pasti di IPTA.Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan, langkah itu dipersetujui berdasarkan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri berkaitan laluan kemasukan pelajar lepasan di luar sistem pendidikan kebangsaan ke IPTA.Tambah Anuar, Dokumen Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah dokumen rasmi pendidikan negara.Jelasnya, ia adalah dokumen dasar yang menjadi bukti kewujudan sebuah sistem pendidikan kebangsaan."Semua dasar pendidikan negara yang terkandung di dalam dokumen ini sepatutnya dipertahankan oleh setiap warganegara Malaysia."Saya sekadar mahu bertanya. Bolehkah hari ini kita bersetuju dengan keputusan mengiktiraf UEC (walaupun sebahagian) sedangkan dokumen Dasar Pendidikan Kebangsaan sendiri menyatakan secara jelas tidak mengiktiraf UEC."Mana satu yang kita patut ikut?" ujarnya.
Go to News Site