Collector
Kenyataan menghasut: ADUN Kijal tarik balik rayuan terhadap sabitan, hukuman denda RM2,000 | Collector
Kenyataan menghasut: ADUN Kijal tarik balik rayuan terhadap sabitan, hukuman denda RM2,000
Sinar Harian

Kenyataan menghasut: ADUN Kijal tarik balik rayuan terhadap sabitan, hukuman denda RM2,000

KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal,  Datuk Razali Idris menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Sesyen yang menjatuhkan hukuman denda RM2,000 selepas mendapati beliau bersalah mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan semasa berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil Kemaman, tiga tahun lepas.Peguam Shahril Nizam Mohd Amin, yang mewakili Razali, memaklumkan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azhar Abdul Hamid bahawa beliau telah mendapat arahan daripada anak guamnya untuk menarik balik notis rayuan yang difailkan pada 5 Jan lepas.Ketika ditanya hakim berkenaan sama ada Razali sedar sekiranya notis rayuan itu ditarik balik, sabitan terhadap beliau adalah kekal, Shahril Nizam berkata: "Benar Yang Arif, anak guam saya sedar perkara itu.Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hijrah Wan Abdullah pula memaklumkan mahkamah bahawa pihaknya tidak mempunyai sebarang bantahan.Mahkamah kemudian membatalkan notis rayuan itu.Pada 5 Januari lepas, Mahkamah Sesyen di sini mengenakan denda itu ke atas Razali dan memerintahkan beliau menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal melunaskannya.Razali, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Negeri Terengganu, membayar denda berkenaan.Pada 24 November 2023, bekas Ketua Penerangan Bersatu itu minta dibicarakan atas pertuduhan menyebut perkataan menghasut apabila mendakwa keputusan satu kes mahkamah dikawal oleh kerajaan.Beliau didakwa melakukan kesalahan itu di Padang Astaka Chukai, Kemaman, Terengganu antara 9.30 dan hingga 11.30 malam pada 10 Nov 2023 mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya.- Bernama

Go to News Site