Collector
Jururawat maut langgar treler rosak di lorong kecemasan | Collector
Jururawat maut langgar treler rosak di lorong kecemasan
Sinar Harian

Jururawat maut langgar treler rosak di lorong kecemasan

SHAH ALAM – Seorang jururawat lelaki maut selepas motosikal ditungganginya melanggar belakang treler yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 3.8 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), dekat sini, pagi Jumaat.Dalam kejadian kira-kira jam 7 pagi itu, lelaki berusia 30-an yang bertugas di Hospital Al-Sultan Abdullah, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 7 pagi."Siasatan awal mendapati treler tanpa muatan yang datang dari arah Seafield menuju ke Bukit Jelutong itu berhenti di lorong kecemasan selepas mengalami tayar pecah."Sebuah motosikal yang ditunggang lelaki berusia lingkungan 30-an dari arah sama dipercayai telah melanggar bahagian kanan belakang treler berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.Ramsay berkata, akibat kemalangan itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian."Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, Inspektor Abdul Nasser Peping di talian 012-2863875," katanya.

Go to News Site