Sinar Harian
KOTA BHARU - Pasangan suami isteri direman bagi membantu siasatan kes bunuh orang kurang upaya (OKU) pembelajaran, Muhammad Zakir Fikry Mohd Zainal, 20, yang bekerja sebagai pemasang jubin.Perintah reman terhadap kedua-dua suspek dikeluarkan oleh Majistret Fakhrul Razzi Abd Hamid di Mahkamah Majistret di sini pada Sabtu. Suspek lelaki berusia 26 tahun direman selama tujuh hari, manakala isterinya, 27 tahun direman lima hari bagi membantu siasatan.Pasangan terbabit ditahan kira-kira jam 4 petang hasil serbuan yang dilakukan di sebuah rumah di Padang Salim, Peringat di sini.Pasangan suami isteri itu tiba di mahkamah pada jam 8.45 pagi dengan memakai pakaian lokap, bergari serta diiringi anggota polis.Sebelum ini, Muhammad Zakir dilaporkan meninggal dunia di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) Kubang Kerian pada jam 12.55 pagi pada 15 April selepas mengalami kecederaan parah.Mangsa sebelum itu ditemukan terbaring di tepi jalan pada jam 7.30 pagi dalam keadaan berlumuran darah di bahagian muka dan kepala dengan punca kematian disahkan akibat trauma tumpul.Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan
Go to News Site