Collector
Dua beradik maut dirempuh SUV hilang kawalan | Collector
Dua beradik maut dirempuh SUV hilang kawalan
Sinar Harian

Dua beradik maut dirempuh SUV hilang kawalan

KLANG - Polis giat mengesan pemandu kenderaan pelbagai guna (SUV) yang merempuh tiga pejalan kaki hingga menyebabkan dua mereka maut dalam kejadian di Jalan Pekan Baru di sini pada Jumaat.Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, kejadian kira-kira jam 7.40 petang berlaku apabila SUV dari arah Jalan Meru ke Bandar Baru Klang telah hilang kawalan hingga merempuh mangsa yang berada di bahu kiri jalan.Susulan itu katanya, pemandu SUV terbabit bertindak melarikan diri."Dua wanita warga tempatan berusia 57 dan 62 tahun yang juga pasangan adik-beradik disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala, manakala seorang lagi iaitu anak lelaki kepada salah seorang mangsa mengalami cedera ringan," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.Beliau berkata, polis akan mengambil keterangan mangsa lelaki iaitu pelajar sekolah menengah berusia 17 tahun yang cedera itu.Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Ahmad Fadzli Abdullah di talian 017-5843860 atau tampil di mana-mana balai berhampiran."Orang awam juga dinasihatkan agar sentiasa memandu dengan berhemah dan mematuhi peraturan jalan raya demi keselamatan bersama," katanya.Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Go to News Site