Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak mengklasifikasikan secara ketat kumpulan pendapatan seperti T20 dalam merangka dasar subsidi.Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, pihaknya mengelak penggunaan klasifikasi tersebut kerana ia tidak mencerminkan realiti sebenar ekonomi secara menyeluruh.Menurut beliau, pendekatan yang lebih luas dan holistik diperlukan dalam perbincangan berterusan mengenai penyasaran subsidi."Saya tidak pernah menggunakan terma T sana, T sini kerana pada pandangan Kementerian Ekonomi, perkara ini lebih relevan jika dilihat secara menyeluruh."Perbandingan ini bukan hanya dari segi pendapatan, tetapi juga melibatkan perbelanjaan asas dan sebagainya," katanya.Beliau ditemui pada majlis perasmian Kerjasama Strategik Kementerian Ekonomi dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) di bawah Program Inisiatif Pendapatan Rakyat-Inisiatif Usahawan Makanan (IPR-Insan) di Masjid Wilayah Persekutuan di sini pada Sabtu.Akmal Nasrullah berkata, langkah mitigasi dan intervensi akan terus dilakukan dari semasa ke semasa memandangkan tekanan ekonomi dijangka berterusan selagi konflik global belum menemui penyelesaian."Kita tahu selagi konflik itu tidak selesai, beban yang perlu dipikul bersama akan terus meningkat."Sebab itu langkah mitigasi dan intervensi perlu dilakukan dari semasa ke semasa," katanya.Ditanya mengenai pertemuan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dengan rakan sejawatannya, Xi Jinping, Akmal Nasrullah berkata, sebarang perkembangan di peringkat global termasuk hubungan antara kuasa besar dunia sentiasa dipantau.Ujar beliau, keutamaan kerajaan ketika ini adalah untuk memastikan ketahanan ekonomi negara kekal stabil."Apa jua perkembangan yang berlaku pada masa ini di peringkat global, pastinya kami berharap agar keadaan menjadi reda."Untuk Malaysia, kami perlu memastikan kesinambungan bekalan bahan api dan barangan input lain supaya daya tahan ekonomi negara dapat dipertahankan sebaik mungkin."Tetapi untuk mengulas mengenai pertemuan itu, saya fikir adalah di luar bidang saya untuk mengatakan apa yang berlaku buat masa ini," katanya.
Go to News Site