Collector
‘Saya bukan khianati parti, hadir majlis UMNO atas jemputan' - Khlir | Collector
‘Saya bukan khianati parti, hadir majlis UMNO atas jemputan' - Khlir
Sinar Harian

‘Saya bukan khianati parti, hadir majlis UMNO atas jemputan' - Khlir

KOTA BHARU – Ahli Parlimen Ketereh, Khlir Md Nor menegaskan beliau tidak mengkhianati parti apabila hadir ke Majlis Kesyukuran Sempena Ulang Tahun UMNO Ke-80 di Tapak Rumah UMNO Ketereh di sini pada Sabtu.Meskipun kini berdepan tindakan penggantungan susulan sokongannya terhadap Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Hamzah Zainudin, kehadirannya ke majlis terbabit adalah atas jemputan Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad.Mengulas mengenai tindakan penggantungan terhadapnya, beliau mengakui tidak bersalah."Saya bukan ada masalah apa-apa. Saya pergi menghadiri program Datuk Seri Hamzah itu sebab saya dengar penjelasan beliau."Takkan itu pun salah?" katanya ketika sidang akhbar selepas menghadiri program yang turut dirasmikan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.Beliau menerima keputusan penggantungan yang dikenakan terhadapnya, namun menegaskan dirinya tidak pernah berniat mengkhianati parti."Saya tidak mengkhianati parti, pada pendapat saya."Memang ada ruang untuk bela diri dan buat rayuan, tetapi saya kata tidak mengapa, terpulang kepada parti. Kalau dah gantung saya, saya terima seadanya," katanya.Dalam masa sama, beliau secara terbuka mengakui merupakan penyokong Hamzah dan akan terus bersama pemimpin tersebut."Memang saya ikut. Saya orang penyokong Datuk Seri Hamzah. Saya salah seorang yang menyokong beliau," katanya.Mengulas tindakan parti menggantung dan memecat beberapa pimpinan sejak kebelakangan ini, Khlir berpandangan langkah tersebut tidak memberi kesan baik kepada masa depan parti."Bagi saya, tak baguslah kita pecat orang, buang orang. Kenapa tidak beri amaran atau nasihat supaya kembali ke jalan betul?"Bila kita pecat orang, kita mengurangkan orang. Bila buang dan gantung, maknanya parti makin berkurang," katanya.Beliau turut tidak menolak kemungkinan dakwaan kononnya 156 ketua bahagian akan bersama Hamzah mempunyai asas tertentu."Mungkin ada yang betul, mungkin betul. Tapi saya tak pasti. Kita tengoklah selepas ini macam mana," katanya.

Go to News Site