Collector
Konvensyen PH Johor himpun lebih 5,000 ahli seluruh negara | Collector
Konvensyen PH Johor himpun lebih 5,000 ahli seluruh negara
Sinar Harian

Konvensyen PH Johor himpun lebih 5,000 ahli seluruh negara

JOHOR BAHRU – Konvensyen Pakatan Harapan (PH) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Perada di sini pada Ahad, dijangka kehadiran melebihi 5,000 ahli daripada parti Amanah, PKR dan DAP seluruh negara.Pengarah Komunikasi PH, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Ahli dijangka hadir dari seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia, dengan ahli paling ramai akan hadir dari negeri ini."Konvensyen PH dijangka bermula seawal jam 7.30 pagi esok dengan sesi pendaftaran ahli terdiri daripada sebelum acara pertama dimulakan sekitar jam 8.30 pagi menerusi sesi podcast bersama sayap Wanita dan Pemuda PH."Program kemudian diteruskan dengan sesi perbahasan bermula kira-kira jam 9.30 pagi hingga sekitar 12.30 tengah hari atau 1 petang, bergantung kepada perjalanan perbahasan."Persidangan kemudian disambung semula pada jam 2 petang dengan ucapan pimpinan utama parti komponen termasuk DAP, Amanah dan PKR sebelum diakhiri amanat Pengerusi Pakatan Harapan merangkap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim," katanya pada sidang akhbar pada Sabtu.Beliau yang Menteri Komunikasi sebelum itu meninjau persiapan akhir Konvensyen PH di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini, pada Sabtu.Jelas Fahmi lagi, sesi perbahasan akan melibatkan wakil setiap negeri selain Ketua Menteri dan Menteri Besar dari negeri dipimpin PH yang dijangka membawa isu, pengalaman serta pandangan berkaitan pentadbiran negeri masing-masing."Amanat yang akan disampaikan Anwar dijangka menyentuh hala tuju Pakatan Harapan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Melaka selain persiapan mendepani Pilihan Raya Umum ke-16."Tempoh matang tiga tahun Parlimen sudah berlalu dan kemungkinan paling akhir PRU berlangsung adalah hujung 2027. Jadi dalam tempoh sekitar setahun setengah ini memang kita akan berdepan PRU ke-16," katanya.

Go to News Site