Collector
Kapal GSF kini di perairan Greece, Turkiye untuk kerja pembaikan - SNCC | Collector
Kapal GSF kini di perairan Greece, Turkiye untuk kerja pembaikan - SNCC
Sinar Harian

Kapal GSF kini di perairan Greece, Turkiye untuk kerja pembaikan - SNCC

SHAH ALAM - Sumud Nusantara Command Center (SNCC) mengesahkan kapal-kapal Global Sumud Flotilla (GSF) kini berada di perairan sekitar Greece dan Turkiye bagi kerja-kerja pembaikan sistem komunikasi serta enjin beberapa bot.Memasuki hari ke-34 misi kemanusiaan GSF, Ketua Pengarah SNCC, Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, keadaan laut bergelora di laluan operasi turut menjadi antara faktor yang mempengaruhi pergerakan semasa flotila."Hentian teknikal ini hanyalah bersifat sementara dan tidak melibatkan sebarang pendaratan aktivis ke daratan."Kapal-kapal GSF dijangka meneruskan semula pelayaran menuju ke Gaza pada 17 Mei (Ahad) selepas semua persiapan operasi selesai dilaksanakan," katanya dalam kenyataan rasmi SNCC pada Sabtu.Dalam masa sama, Sani Araby mengajak seluruh rakyat Malaysia supaya bersatu hati dan sepakat menggandakan usaha menyebarkan fakta serta sejarah yang sahih.Beliau juga menggesa orang ramai untuk menangkis propaganda jahat rejim Israel serta meningkatkan kesedaran awam melalui semua platform media."SNCC turut menyeru rakyat Malaysia untuk terus melaksanakan solat hajat, Qunut Nazilah dan munajat berterusan demi keselamatan seluruh delegasi misi serta kejayaan usaha pembebasan Gaza."Setiap penyebaran maklumat hendaklah sentiasa berpandukan sumber sahih dan berautoriti," ujarnya lagi.Sebarang pertanyaan rasmi berkaitan GSF dan Palestin, boleh layari portal rasmi di tanya.sumudnusantara.com

Go to News Site