Collector
Kampung di India kenakan denda RM1,030 jika mabuk | Collector
Kampung di India kenakan denda RM1,030 jika mabuk
Sinar Harian

Kampung di India kenakan denda RM1,030 jika mabuk

GUJARAT – Sebuah kampung di daerah Dang, Gujarat melaksanakan denda berat terhadap individu yang didapati mabuk dalam usaha menjadikan kawasan itu bebas alkohol.Melalui resolusi yang diluluskan gram panchayat (majlis kampung) Garudiya pada Khamis, mana-mana individu yang ditangkap dalam keadaan mabuk akan dikenakan denda 25,000 rupee (RM1,030) selain berdepan tindakan polis.Penduduk kampung turut bersetuju untuk tidak membantu suspek mendapatkan ikat jamin dan keluarga pesalah berulang boleh dipulaukan daripada aktiviti sosial serta keagamaan kampung.Sarpanch atau ketua kampung, K M Kamri berkata, langkah itu diambil selepas ramai penduduk terjebak dengan alkohol sehingga menjejaskan kehidupan masyarakat."Ramai meninggal dunia akibat pengambilan alkohol. Malah minuman keras turut dihidangkan dalam majlis pengebumian, perkahwinan dan acara keagamaan," katanya.Garudiya yang mempunyai kira-kira 1,500 penduduk terletak berhampiran sempadan Maharashtra, negeri yang membenarkan penjualan alkohol.Bagi menguatkuasakan larangan itu, sebuah jawatankuasa pemantauan khas turut ditubuhkan bagi memantau penjualan dan pengambilan minuman keras di kampung berkenaan.Penduduk yang menyalurkan maklumat berkaitan penjualan atau pengambilan alkohol pula akan menerima ganjaran 10,000 rupee (RM411.77) hasil kutipan denda pesalah.Polis daerah Dang menyambut baik langkah tersebut dan menyifatkan pengambilan alkohol sememangnya masalah serius dalam kalangan penduduk kawasan itu.-Agensi

Go to News Site