Collector
'Bukan kejar views tapi nak ubah persepsi masyarakat' | Collector
'Bukan kejar views tapi nak ubah persepsi masyarakat'
Sinar Harian

'Bukan kejar views tapi nak ubah persepsi masyarakat'

KENINGAU - Di sebalik lambakan kandungan media sosial yang mengejar tontonan dan populariti, seorang guru memilih platform digital sebagai medium untuk mengubah persepsi masyarakat terhadap dunia pendidikan khas dan potensi murid neurodivergen.Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Bingkor, Dr Velerie Wheelervon Primus, 37, berkata, beliau berkongsi ilmu berkaitan terapi sensori, inovasi pendidikan dan pendekatan pembelajaran yang boleh membantu guru serta ibu bapa.Menurutnya, ia bagi memberi kesedaran bahawa setiap anak mempunyai potensi berjaya jika diberikan pendekatan, kasih sayang dan persekitaran pembelajaran yang sesuai."Saya berasakan kisah-kisah ini perlu dikongsi agar masyarakat dapat memahami bahawa pendidikan khas bukan tentang kelemahan, sebaliknya potensi yang menunggu untuk difahami," katanya kepada Sinar Ahad.Dr Velerie berkata, pengalaman sebenar bersama murid di sekolah menjadi asas kepada setiap kandungan yang dihasilkan.Mengulas lanjut, jelas beliau, setiap kandungan pendidikan dihasilkan berpandu kepada asas pedagogi yang jelas dan selari dengan kurikulum serta keperluan murid.Ujarnya, bahan yang dikongsikan turut merujuk kepada Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dengan mengambil kira tahap perkembangan murid.Dr Velerie yang pernah memenangi anugerah Tokoh Guru Cambridge 2026 peringkat Asia Tenggara dan Pasifik mengakui terdapat pelbagai pandangan terhadap penglibatannya di media sosial, namun identiti utamanya tetap sebagai guru pendidikan khas."Bagi saya, guru pempengaruh bukan diukur melalui jumlah tontonan atau pengikut tetapi sejauh mana mereka memberi kesan kepada kehidupan orang lain," katanya.

Go to News Site